MALAIKAT
- Wajib bagi setiap orang islam mempunyai keyakinan bahawa ALLAH mempunyai beberapa makhluk yang dinamakan malaikat.
- Malaikat adalah satu makhluk yang dicipta daripada nur (cahaya) dan diberi kuasa boleh menjelma dengan berbagai-bagai jelmaan.
- Malaikat bukan lelaki dan bukan perempuan.Tidak dapat bertambah seperti makhluk ALLAH yang lain.Mereka tidak makan dan tidak minum.Mereka sentiasa taat dan berbakti kepada ALLAH.Mereka dipelihara oleh ALLAH daripada segala perkara yang diharamkan.sesungguhnya ALLAH tidak memperlihatkan malaikat kepada kita.
- Jumlah malaikat ini banyak dan hanya ALLAH yang mengetahui.Ada pun yang wajib kita ketahui diantara mereka ialah :-
- JIBRIL menyampaikan wahyu.
- MIKAIL menurunkan hujan dan membawa rezeki.
- ISRRAFIL meniup sangkakala.
- IZRAIL mencabut roh /nyawa.
- RAQIB menulis segala kebaikan.
- ATID menulis segala kejahatan.
- MUNGKAR & NANGKIR menyoal manusia dalam kubur.
- MALIK menjaga neraka.
- RIDWAN menjaga syurga.
No comments :
Post a Comment