HIDUP CERIA SELALU (peace) !!! S Pink Premium Pointer







Sunday, March 24, 2013

CALON SRU..

ASSALAMUALAIKUM

tahun nie aku dan kawan-kawan bakal mengambil ujian SRU.
Korang nak tengok muke yg akan ambil UJIAN SRU tu.
kalau tak nak tengok tak payah tak pakse pun ^ _^

hehe gmbr nie mase ustazah belum masuk kelas.

  hah,yang dekat sebelah aku tu,kawan aku nama dia Nurul Ain Binti Usman


SEMOGA KAMI SEMUA LULUS DALAM UJIAN SRU TU,
...AMIN...

SENYUM SELALU

Saturday, March 16, 2013

JIN

  1. Wajib bagi kita percaya dan beriman bahawa ALLAH telah menciptakan jin sebagai lawan bagi manusia.
  2. Jin ialah makhluk yang dicipta daripada api.Ia mempunyai jirim yang halus dan boleh berkata-kata.Jin juga boleh menjelma dengan beberapa jelmaan.
  3. Sesungguhnya jin juga seperti manusia memerlukan makan dan minum.Ada lelaki dan ada perempuan ,ada yang beragama islan dan ada yang kafir,ada yang taat dan ada yang ingkar rerhadap perintah ALLAH.
  4. Oleh itu ALLAH telah mengutuskan rasul ALLAH kepada jin sebagaimana ALLAH telah mengutuskan baginda kepada seluruh umat manusia.

MALAIKAT

  1. Wajib bagi setiap orang islam mempunyai  keyakinan bahawa ALLAH mempunyai beberapa makhluk yang dinamakan malaikat.
  2. Malaikat adalah satu makhluk yang dicipta daripada nur (cahaya) dan diberi kuasa boleh menjelma dengan berbagai-bagai jelmaan.
  3.  Malaikat bukan lelaki dan bukan perempuan.Tidak dapat bertambah seperti makhluk ALLAH yang lain.Mereka tidak makan dan tidak minum.Mereka sentiasa taat dan berbakti kepada ALLAH.Mereka dipelihara oleh ALLAH daripada segala perkara yang diharamkan.sesungguhnya ALLAH tidak memperlihatkan malaikat kepada kita.
  4. Jumlah malaikat ini banyak dan hanya ALLAH yang mengetahui.Ada pun yang wajib kita ketahui diantara mereka ialah :-
  • JIBRIL menyampaikan wahyu.
  • MIKAIL menurunkan hujan dan membawa rezeki.
  • ISRRAFIL meniup sangkakala.
  • IZRAIL mencabut roh /nyawa.
  • RAQIB menulis segala kebaikan.
  • ATID menulis segala kejahatan.
  • MUNGKAR & NANGKIR menyoal manusia dalam kubur.
  • MALIK menjaga neraka.
  • RIDWAN menjaga syurga.